Shaklee Products
(Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang
berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya
semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang
Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di
negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor
Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.
Shaklee Malaysia
menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung
1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.
Shaklee, sebuah syarikat
yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan
yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh
pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Visi yang diilhamkan
oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan
produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini,
Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan
yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat
berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan
yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap
insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”
Dengan matlamat untuk
menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan,
Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi,
kecemerlangan sains.
Jutaan insan telah
bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti
kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk
terbaik seumpamanya.
Pada 2004, Ripplewood
Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee
di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan
pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan
produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.
Apa jua yang anda
perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati
kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh
Shaklee.
Produk
Kesihatan adalah tenaga,
kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya,
apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik.
Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah
membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama
lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee.
No comments:
Post a Comment