Langkah awal say berjinak-jinak dalam Shaklee mengundang
pelbagai sindiran. Kalangan mereka menyatakan syarikat ini hanya mahu kejar
untung yang lebih. Sesetengah daripada mereka juga langsung tidak berminat
hal-hal berkait dengan MLM.
Ada ketika saya berkongsi kebaikan vitamin, namun
ditolak mentah-mentah oleh mereka tanpa memberi ruang untuk saya menghabiskan ayat. Namun saya
sedar, hak mendengar adalah hak pelanggan dan mereka berhak membuat sebegitu
terhadap saya.
Selepas beberapa siri kejadian, saya hampir berputus asa.
Namun saya memujuk diri. Kerana perlukah saya fokus kepada mereka yang tidak mahu
dibantu? Kenapa pula saya perlu berputus asa terhadap sesetengah orang, walhal
masih ramai mereka yang perlukan bantuan kesihatan?
Oleh itu, saya bertekad, mereka yang menolak ini masih
belum perlu jalan penyelesaian masalah kesihatan. Maka, saya tumpukan
perkongsian melalui medium ONLINE.
Saya seronok, kerana saya dapat membantu tanpa batasan. Saya
masih boleh menambah nilai dalam hidup mereka. Saya bebas.
Saya merasakan diri saya amat berdosa jika melihat orang
sekeliling saya berada dalam keadaan sukar. Sebagai contoh, ramai dalam
kalangan kita menghidap asma. Berada dalam keadaan batuk-batuk, mengadu sakit
dada dan pernafasan yang tercungap-cungap. Dalam keadaan ini, saya akan
mencadangkan beliau set berikut:
Namun masih menolak.
Itu berkait dengan produk. Belum lagi hal-hal berkait
dengan marketing plan, juga bonus. Mereka turut menolak, bahkan tergamak untuk
memaki juga dengan berpandangan saya ingin mengajak mereka untuk terlibat dalam
MLM.
Sekarang, saya sudah lali. Saya akan mengis hanya apabila
saya mendapat kejayaan dalam Shaklee.
INSYAALLAH. Doa yang sentiasa akan didoakan.
Thanks for reading!!
Che Hasnan
Shaklee ID : 963858
013-704 4068 (Call, SMS, WhatsApp)
013-704 4068 (Call, SMS, WhatsApp)
senan_kt@yahoo.com
No comments:
Post a Comment